ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

air mata bahasa

SITUASI SATU

Awan mendung mula berarak. Perut langit yang memberat akhirnya menurunkan hujan. Titisan-titisan hujan yang membasahi lantai bumi umpama keringat melayu yang berjujuran dari jiwa pahlawan muda. Aku tidak terkecuali. Turut mengatur langkah menuju lautan manusia yang memenuhi perkarangan Masjid Negara. langkahku kecil sahaja. Tetapi kupunya semangat besar. Semangat orang muda. Tanganku digenggami ayah erat-erat. Biar aku dikatakan masih berhingus, membaca pun tidak lancar, tetapi aku fahami kenapa aku perlu berada di sini. Di Masjid Negara ini. Biar juga orang mengatakan kanak-kanak kecil seperti aku ini hanya diperalatkan.

Tetapi menurut ayah, aku perlu tahu ini semua. Aku perlu faham perjuangan bahasa, walaupun aku baru belajar mengeja.
Selepas ayah menunaikan solat zohor, aku didukunginya melihat lautan manusia dari serambi masjid. Semangatku semakin membara, melihat betapa ramainya manusia berpakaian putih. Ada beberapa orang lagi yang kukira seusia denganku. Langit mula mencerah sedikit, membuka tabir cahaya dari langit. Kedengaran laungan takbir dan kata-kata semangat berkumandang.


SITUASI DUA

Aku termenung di jendela. Melihat langit yang berubah rona. Perjuangan perlu diteruskan. Aku tidak gusar biar hujan akan turun. Beberapa suara sumbang sebelum ini kembali terngiang-ngiang di cuping telingaku. Aku sedar, kini tiada lagi perjuangan Mat Kilau, Tok Janggut, Bahaman menentang penjajah. Aku sedar, satu tika dahulu aku berdiri gagah di baris hadapan. Memegang sepanduk menuntut kebebasan. Aku masih teringat senyuman Shamsiah fakeh saat berdiri di sebelahku. Semua itu sudah berlalu. Hanya termaktub dalam kitab-kitab sejarah dan sebahagian lagi terakam dalam minda orang-orang seperti kami.

Deruman kereta Samad berkumandang. Aku mempersiapkan diri. Mungkin langkahku lambat, dan tidak segagah dahulu, tetapi aku tahu aku perlu berada di sana. Dan aku yakin, ramai lagi orang seusia denganku akan berada di sana. Meski telinga sudah tidak berapa dengar, kulit muka berkedut seribu, aku yakin dengan suara hatiku. Ada darah perjuangan yang pernah mengalir dalam jasad si tua ini. Dan hari ini, orang-orang itu akan melihat aku memperjuangankan bahasa Melayu dengan sisa-sisa kudrat yang ada. Setidak-tidaknya, tampang ini tidak menyesal, andai dipersoalkan cicit-cicit generasi akan datang, tentang usaha akhir aku mempertahankan bahasa Melayu, hak-hak orang melayu.

Samad membuka pintu kereta. Sambil mengemas kerudung, aku dipapah oleh seorang lagi cucuku. Dia juga bersama denganku. Meski sudah menjawat pekerjaan yang baik dia tetap punya semangat orang melayu. Walaupun kadang-kadang kulihat dia berbicara dengan bahasa penjajah, kuyakin dia tahu apa yang akan kami lakukan.


SITUASI TIGA

Hujan turut dengan lebat. Debaran hatiku menjadi tidak keruan. Tinggal beberapa lagi soalan yang belum dijawab. Sesekali kedengaran beberapa batuk kecil dari meja belakang. Sejujurnya aku tidak dapat beri sepenuh tumpuan ke atas soalan peperiksaan ini. Pegawai peperiksaan hanya mundar-mandir di hadapanku. Dalam pada itu, telefon bimbit sering sahaja bergetar, menandakan beberapa panggilan tunggu dijawab. Aku merenung wajah pengawas peperiksaan. Barangkali tahu permintaanku, dia hanya mengangguk cuma. Aku menerima panggilan dari ketua tempat ku bekerja. Seraya mengangguk, kuputuskan panggilan. Fahamlah aku bahawa di saat sedang berhadapan dengan kertas peperiksaan, ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebagai anggota yang berdisiplin dan sering ditekankan dengan slogan 'Mesra, Cepat dan Betol' aku perlu segera sudahi soalan-soalan ini. Tidak berapa lama kemudian, dewan peperiksaan UITM Shah Alam ini mula hingar-bingar. Barangkali ada beberapa anggota yang menerima tugas mendadak sepertiku. Tamat sahaja waktu yang diberi, aku dan beberapa anggota lain dibenarkan keluar segera atas tugasan yang diterima.

Hujan sudah mula berhenti. Awan hitam berarak pergi mengganti sedikit cahaya mentari yang menerobos keluar. Selepas mendengar taklimat, aku dan beberapa anggota yang bertugas perlu ke lokasi yang ditetapkan. Sering juga hati ini merungut. Tiada kerja lain agaknya orang sekarang, asyik berdemonstrasi sahaja. Yang susahnya orang-orang seperti kami.

Saat tiba di lokasi, hati agak terkesima. Melihat lautan manusia yang berarak berkemutih menuju ke Istana Negara. Perasaan simpati dan kasihan melihat susuk kanak-kanak kecil dan tampang generasi tua mula kuhapus. Aku ada tugas yang perlu diselesaikan. Kami berdiri rapat-rapat dan bersedia bertindak mengikut arahan. Sebahagian lagi rakanku memegang pistol pemedih mata. Sekiranya perlu, akan mereka lepaskan beberapa das. Itu sahaja pilihan yang kami ada sekiranya keadaan mendesak.



KETIKA INI

air mata bahasa,
engkau tidak petah berbicara,
engkau hanya hidup,
bersama-sama orang yang merasa.
air mata bahasa, sejarah kini kembali,
keranda 152 dijulang berani,
membawa misi yang suci,
menuntut hak melayu dikembali.

air mata bahasa,
jerih sudah pekikan siswa,
hilang sudah kudrat si tua,
longgar sudah tenaga pemuda,
apabila tindakan kau,
dikatakan sia-sia,

air mata bahasa,
manusia yang beretorik dengan kuasa,
duduk megah di sofa selesa,
bersuara di dada-dada massa,
konon malu,
isu bahasa di jalan raya,
isu bahasa dikendong tampang-tampang si tua,
isu bahasa dijinjing budak belajar mengeja,
tetapi mereka terlupa,
bahasa juga milik bangsa,
mengakar menjadi pusaka,

air mata bahasa,
benarlah mereka terlupa,
biar lelehan kolam derita,
mengalir dari mata
kanak-kanak dan wanita,
berjuraian dari pelupuk si tua,
jangan sekali kau berhenti,
jangan sedikit terpadam
dari memori,
kerana engkau air mata bahasa,
hanya untuk orang yang merasa.
hanya untuk orang berjiwa.





2 comments:

munadhia said...

entri yang hebat. tentang polis fru, sy mmg fkirkn mereka kjam brtndak dmikian. seolah2 bebangga melakukn sedemikian, menyebabkn kami mrasakan kematian mgkn akan kami hadpi saat tu... tp, sy ingt, ini tugas mereka, desakan daripada phk atasn mungkin. tp, mreka jga punya hak untuk memihak pd rakyat..huh! sy memang x faham. sy juga trserempak dengan sorg knk2 kurang upaya sertai demo hari tu dibawa oleh bapanya mungkin. bersemangat, sedangkan dia hanya boleh berjuang di ats kerusi roda. satu situasi yang sangat menyayat hati. semoga, pihak atasn mendengar suara kita semua. amin.

sy rasa, 'mereka' sedang mempolitikkan isu bahasa sehingga A. Samad Said sndiri kata, begini rupanya keadaan demo prtahankn bahsa. memang beliau tidak sangka agaknya.dan sy sndiri tidak sangka.

wallahu'alam. maaf andai ada komen yang tidak betul, tersalah anggap dan sebagainya.sekadar pandangan dan pendapat hamba yg dhaif. wassalam.

Muhamad Aliemran Bin Norasid said...

meletakkan keadaan dalam semua situasi, bgus dan nmpak nilainya..
memang btol, kdg2 mereka (polis) mlakukan kerana tugas, tapi kebanyakan melebihi tugas..

apepun pgalaman kne gas memang xkan dlupakan, hehehehe

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template