ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

sup gigi


sup gigi














Sudah beberapa hari aidil adha dilewati. Antara hari kebesaran Islam yang mempunyai signifikan tersirat di sebalik lipatan sejarah Nabi Allah Ibrahim. Sebagai hamba, sememangnya tugas kita untuk sentiasa bersyukur dan bersabar. Tangisan mangsa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa seakan diiringi dengan turunnya hujan dari perut langit yang tidak henti-henti. Biar apapun keadaan kita, setiap kejadian hanyalah sedikit dari ujian dan kasih sayang Allah. Tidak perlu mencari salah siapa, melepaskan emosi dan perasaan di sebalik celahan runtuhan tersebut sekiranya sehingga kini kita gagal mengaitkan perasaan keTuhanan itu. Walaubagaimanapun, penulisan kali ini tidak mahu berterusan mengundang kesedihan. Hanya sekadar perkongsian buat pengubat duka barangkali.

Seperti umat Islam yang lain, ku tidak terkecuali menerima daging korban. Ada yang diberi mentah dan ada yang sudah siap dimasak. Saat ini terfikir apa yang akan dimakan oleh mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa, apatah lagi nasib umat Islam yang masih dibelenggu kemiskinan. Bagaimanapula dengan nasib umat Islam lain. Lebih-lebih lagi nasib umat Islam di Bait al-Maqdis. Tatkala inilah kita melihat betapa hikmah daging korban diagihkan kepada orang Islam yang miskin dan tidak berkemampuan meletakkan setiap umat Islam adalah sama taraf.

Sedang asyik melayan fikiran yang terbang entah ke mana, pantas sahaja tanganku mencapai sup daging yang diberi jiran malam semalam. Asap-asap berkepul selepas lauk tersebut dipanasi abah memancing selera yang membungkam. Erkkkkkkkk... Tiba-tiba selera kumati.
Tahu tak apa yang kutemui di sebalik enaknya sup tersebut? Sebaris gigi si korban bernama lembu sedang memutih menunggu dijamah. Apapun kuhanya mampu melihat sahaja. Keinginan untuk menjamah daging tersebut hilang bersama kepulan asap. Ada gigi dalam sup ini..Hish, sukar untuk kupercaya. Seakan gigi manusia sahaja susuknya. Ahli keluargaku yang lain hanya berderai ketawa. Masakan tidak, tidak pernah kudengar ada orang makan gigi lembu pada hari raya korban. Bukanlah kubermaksud ingin kufur nikmat atau tidak bersyukur. Cuma hanya terkeliru dengan kejadian yang berlaku.

Bolehkah sesiapa beritahu atau maklumkan padaku, ada mana-mana resepi gigi lembu? Atau memang ada orang masak sup dengan gigi lembu? kalau ada, aku sanggup berguru dengan chef tersebut. Akhir kata alkisahnya, biar la pelik pun yang kita dapat, itu jauh lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa langsung. Semoga kisah yang kualami tadi tidak berlaku kepada sesiapa pun, atau siapa yang pernah alaminya, kongsilah pengalaman tu ya. salam aidiladha..

11 comments:

Fatimah bintun Qamar said...

hehe..

mungkin jiran nta mmg tiap kali masak sup daging korban dia masak ngan gigi sekali..

bnyak kemungkinan d sini..
tak pun dia pakai masukkan je..=)
frst time la ana dgr cte ni..huhu

halim qittun said...

hehehe, mungkin kot..
nasib baik la gigi lembu, tp iras2 gigi manusia..tu yang xleh trime tu..mungkin musibah tu peringatan dari Allah spaya ana lbih bsyukur kot

mu'iz said...
This comment has been removed by the author.
halim qittun said...

pandaila ko muiz..dia pun xtau kot yg aku nimgsa gigi lembu tu, hehehe

mu'iz said...

aku delete la plak...

ko cek betol2, gigi tu gigi sapa. mana la tau gigi palsu makcik tu ke....

ateh... said...

wah best tau mcm sup sekali ngn gigi.tp bagus la gigi aje..klu dia masuk benda2 lain sekali kan parah.hihihi

halim qittun said...

btol gak, klu dia msukkan yg lain2 ntah apela..
tp yg lain2 tu ade yg btol2 leh dmakan,,cam usus la, otak, kpala, perut, lidah pun..tapi ble tang gigi ni..nk nguyah camne ek..akhirnye kasi ayam mkn je la..

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Hebat pengalaman anta nih...syukurlah kn...

Apa pn, simpan la wat kenangan...huhu.

Muhamad Aliemran Bin Norasid said...

sebenarnye halim da manupulate cite ni. cite sebenar halim berselera gila menikmati sup daging pemberian jiran. lalu dikunyahnye seketul daging yang empuk. jus-jus lemak daging jelas dirasai halim sebaik sahaja dia mengunyah daging tersebut. ini benar-benar telah membangkitkan seleranya. plup!!! tiba-tiba bagai ada sesuatu yang jatuh kedalam sup tersebut. ya, tak lain tak bukan gigi palsu halim telah jatuh ke dalam supnya. jelas kelihatan sisa-sisa kunyahan daging empuk terselit dicelah gigi palsunya. terkekeh ahli keluarga halim melihat reaksi halim....hahahah

halim qittun said...

cis ali, pndai sungguh anda ye..

Unknown said...

Huk aloh.... mcm mana ini boleh terjadi.... .... berminat nak niaga prepaid daftar di http://tinyurl.com/smsduit

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template