Assalamualaikum dan salam ziarah. Artikel kali ini serasa pembaca dengan mudahnya boleh meneka atau menilai isi yang akan disampaikan. Sama ada penulis dirasakan jumud, konservatif atau tidak open minded, anda semua mempunyai hak untuk terus menegur, memberi pandangan dan kritikan. Selagi mana kita yang dinamakan manusia ini mempunyai secebis hati untuk memerhatikan, selagi itulah wadah penjana minda tidak berhenti memberi ruang pada otak dan akal untuk berfikir, untuk dijana.
Kalau dahulu media main peranan sebagai medium penyebaran maklumat, tetapi kini peranan media nampaknya lebih luas. Mencungkil bakat generasi akan datang datang dalam lapangan hedonisme salah satu peranan terbesar yang dimainkan oleh media elektronik misalnya. Tidak mahu bersikap defensif kepada mana-mana rancangan kanak-kanak di atas, penonton atau pembaca sendiri boleh menilai. Pada abad ke-21 ini generasi bagaimana yang akan dilahirkan. Bak kata Aznil Hj Nawawi ketika mengendalikan rancangan hiburan paling berpengaruh Akademi Fantasia, "pilihan di tangan anda".
Jika mahukan hiburan dan keseronokan kanak-kanak cilik mewarnai pentas lakonan dan nyanyian, bergelek dan berpakaian seksi sila sahaja menonton TTB. Jika inginkan hiburan yang mendidik jiwa dari kanak-kanak juga dalam alunan gema wahyu MB adalah alternatifnya. Perbezaan dan kontranya sangat jelas. Apalah sangat peranan yang boleh dimainkan oleh penonton selain terus menyokong dengan menonton bersama keluarga dan sanak saudara. Atau lebih mengujakan, menyokong dengan membawa anak-anak menonton secara langsung di hadapan mata. Atau lebih menyokong lagi, dengan memberi galakan pada anak-anak agar menyertai salah satu dari rancangan di atas. Natijahnya? Nantikan generasi yang akan datang bakal memimpin negara.
Sekadar mengisi masa lapang, apa salahnya? kata mereka. Tiada salahnya, tetapi kita yang bersalah jika membuat pilihan yang salah. Hatta menonton salah satu rancangan di atas, jiwa yang masih bersih lagi akan terus tercorak. Jangan nanti kita pula dipersalahkan matlamat dan cita-cita anak-anak ini terarah kepada benda-benda yang tidak bermanfaat. Kalau tengok dua-dua sekali bagaimana? Terpulang pada anda. Lagi sekali, pilihan di tangan anda.
Apa sahaja posisi kita, sebagai penonton, pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat kita sendiri sedar peranan yang patut dimainkan. Sekiranya hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran menjadi pegangan, kita sendiri sudah sedar hasilnya. Jangan sesekali membiarkan diri kita menjadi sebahagian dari golongan manusia yang mati rasa, jiwa santai.
Renung-renungkan, dan selamat beramal!
p/s: patut tonton Pilihan Daie Kecil
Channel 5 Singapore
8.30 mlm, selasa.
Sebelum Maggie & Me. (siapa yang dapat siaran je)
6 comments:
waahhh..
u got the point..
walaupun kengkadang aku pun menonton gak TTB..tapi aku gak tgk MB..tapi da keje ni takde masa nk tgk sumer tuh..
~~halim, bila nyer hang out sesama..~~
ak stuju...bintang kecil,ttb,sumer2 tu tak lebih sekadar secebis hiburan murah..dh lah semua budak2 kecik MELAYU yg take part. Ap ini semua? Adakah kita ingin melahirkan bangsa yg berpaksikan hedonisme masa depannya?
Most Malays are stupid.Sow stupid.
Kengkadang ak malu sendiri ngan bangsaku Halim.
ak x suke tgk tb!
tp kdg2 ak tgk taranum..bdk2 tu suare sedp \0/
stuju atas pdgn semua, kadang2 tpikir apa yg mampu kite buat..mungkin mata leh mlihat, hati leh rse sket..mulot hnya mmpu ktawa..tp tangan? apa tndakan ye?
PILDACIL rite??
indon start kan...
first time tgk meleleh2x
xsngka smngt y wujud dlm dai'e2 kecil ni...
malaysia dah tiru macam2 rancangan luar...
nape xnk tiru PILDACIL?
"jgn tunggu jd rebung br nk d bentuk"
~HuMaiRA~
Post a Comment