ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

pertemuan dua Kekasih

"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke masjidil aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat."
(al-Isra':1)


Barangkali masih tidak terlalu lewat untuk menghayati malam penuh bersejarah isra' mikraj. Meski bulan rejab sudah lama meninggalkan kita dan kini diganti dengan sya'ban, namun ada sesuatu yang ingin dikongsikan penulis kepada semua pengunjung teratak wadah penjana minda. Kebiasaannya umum mengetahui malam isra' mikraj pada 27 Rejab dan sehingga kini sebahagian besar masyarakat membuat sambutan atau meraikan peristiwa tersebut.

Namun begitu, asal usul tarikh tersebut menjadi pertikaian sebahagian lagi pihak yang mengatakan tidak terdapat dari mana-mana ayat al-Quran mahupun hadith sahih berkenaan tarikh Rasulullah dibawa berjalan ke masjid al-Aqsa dari masjid al-Haram. Apapun ikhtilafnya, penulis lebih suka membawa anda semua ke satu perspektif dari tirai isra' mikraj. Signifikan dari peristiwa tersebut, kewajipan yang kita perlu laksanakan adalah pensyariatan solat lima waktu. Ironi dari pertemuan dua kekasih, Allah dan Rasulullah kita sebagai umat Islam harus beriman dan meyakini bahawa hanya kekuatan kasih sayang Allah kepada Nabi, dan kasih sayang nabi kepada kitalah isra' mikraj perlu diperingati dan dihayati.

Ada yang menceritakan peristiwa pertemuan dua Kekasih ini diibaratkan seumpama panah dan busur. Sangat hampir dan qarib berbanding dengan nabi Musa yang hanya mendengar suara Allah di bukit Tursina. Hakikat dan hikmah perjalanan Rasulullah satu malam bukan hanya terletak pada ketegasan Abu Bakar as-Siddiq membenarkan sabdaan nabi sahaja, bahkan menjadi ukuran nilai solat lima waktu sangat tinggi memandangkan ianya satu-satu ibadat yang disyariatkan secara terus. Tiada pengantaraan jibril dan malaikat-malaikat lain berkenaan tentang solat lima waktu ini. Sehinggakan rahsia pertemuan dua Kekasih ini dijaga dan dihijabi dari pendengaran syaitan sekalipun.

Dari lima puluh rakaat menjadi lima rakaat, kalau bukan kerana kasih sayang Rasulullah terhadap kita sudah tentu kita adalah umat yang terbeban dek kerana kelemahan diri kita sendiri. Kerana kasih sayang Allah terhadap rasulullah dan juga terhadap kita, permintaan baginda diperkenankan agar dikurangkan bilangan rakaat. Persoalannya di sini adalah berkenaan tentang sejauh mana kasih sayang kita terhadap baginda saw. Sekuat mana cinta kita terhadap Allah. Jika ingin diukur taraf iman kita dengan para sahabat dahulu juga sangat jauh, bagaimana ingin diukur kasih sayang kita terhadap nabi? Benarkah begitu?

Cukuplah timbunan alasan dan sebab yang kita beri untuk lari dari taklifan khalifah, hakikatnya janji kita ketika di alam rahim lagi untuk memakmurkan bumi Allah sudah lama diparteri. Berpeganglah dengan al-Quran dan hadith, sirah-sirah kenabiaan agar kecintaan kita terhadap Allah dan Rasul berupaya memandu arah kita dalam kehidupan. Jadikan malam pertemuan dua kekasih itu sebagai satu motivasi bahawa mahabbah Allah dan Rasul sangat luas ke serata alam.

1 comments:

Unknown said...

wah..kamo sungguh berminat wat blog

mencuci minda..hahahahaahah..
same lh aku..hahaha

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template