ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

televisyen dan ajaran sesat: mana lebih mudarat?



Rentetan dari peristiwa kumpulan ajaran sesat yang heboh diperkatakan penulis rasa terpanggil membawa topik ini untuk diperbicangkan. Televisyen dan ajaran sesat, mana lebih mudarat. Sekilas pandang, secara klisenya otak kita mencernakan jawapan yang memilih ajaran sesat sebagai satu medium keruntuhan agama dan aqidah yang sememangnya banyak mudarat. Namun begitu, sesekali ingin juga melawan arus. Televisyen yang dikatakan medium penyebaran informasi dan maklumat tidak kurang juga bertindak sebagai wahana keruntuhan akhlak dan agama. Penulis tidak menafikan, sebahagian dari pemikir-pemikir muda yang menatap artikel ini pasti tidak bersetuju dan sudah tentu melontarkan persoalan-persoalan tentang bagaimana televisyen yang dikatakan medium penyebaran maklumat dan informasi boleh disamakan seperti ajaran sesat. Cuba berdiri di kaca mata penulis. Pendekatan yang penulis cuba ambil ialah dalam keadaan majazi. Atau dalam bahasa mudahnya secara bukan hakikat. Rancangan-rancangan televisyen mutakhir ini lebih cenderung menyajikan hiburan samada dari barat atau tempatan itu sendiri. Tetapi siapa yang boleh menafikan rancangan-rancangan yang ditayangkan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan dan landskap pemikiran manusia itu sendiri sehinggakan sebahagian dari masyarakat kini berorientasikan hiburan sebagai salah satu cara hidup.

Dan sekiranya Islam sebagai satu cara hidup telah diganti dengan hiburan yang melampau, tidakkah kita jauh lebih sesat. Atas dasar inilah dikatakan televisyen jauh lebih mudarat dari kumpulan ajaran sesat dari segi mempengaruhi pemikiran, akhlak dan persepsi masyarakat. Terpulang pada individu yang mengatakan penulis bersikap jumud dan tidak terbuka, kerana sudah tiba masanya kita bergerak atas kaki sendiri. Bebaskan diri dari penjajahan permikiran yang dibuat oleh orientalis barat.

Secara perbandingan yang boleh dibuat, ajaran sesat yang menyebarkan dakyah-dakyah mereka kebiasaannya menjadikan golongan professional dan sebahagian dari masyarakat yang ingin mendapatkan ilmu dan keredhaan Allah dengan cara yang mudah sebagai sasaran. Kontradiksinya di sini dengan televisyen yang menyampaikan rancangan tanpa memilih perbezaan umur, golongan dan latar belakang. Kalau kita katakan rokok sebagai pembunuh ‘senyap’, rasanya tidak salah jika dikatakan televisyen sebagai ‘kesesatan’ yang senyap. Dalam keadaan ini, berapa ramai masyarakat yang bersikap selektif untuk menapis rancangan-rancangan berbentuk milmiah dan hiburan yang dibenarkan. Sehinggakan rancangan yang terang-terangan menghina Islam dan konsep tauhid seperti Bruce Almighty dan Evan Almighty dipertahankan, tidakkah kita dalam kesesatan. Maka di sini kelangsungan daya fikir tidak berlaku kerana televisyen itu sendiri berjaya mempengaruhi prinsip yang dipertahankan. Berdirilah atas paksi kebenaran, bahawa selama ini kita wujud dalam dunia penuh stanza penipuan



1 comments:

Fiddarbi Yasir said...

Sungguh televisyen itu boleh diibaratkan sebagai ajaran sesat. Banyak cerita-cerita yang mempunyai unsur islamik tidak memaparkan Islam yang sebenarnya (dari segi aurat dan pergaulan).

Drama-drama dan telenovela yang pendukung wataknya terlalu seksi pula ditayangkan pada waktu anak-anak celik mata. Secara tidak langsung, pastinya anak-anak kecil menganggap perkara itu tidak salah terutama bagi mereka yang menghabiskan waktu di rumah pengasuh.

Sementelahan itu, terlalu banyak cerita yang membuatkan penonton memuja watak pelakon. Contohnya Smallville, Kyle XY dan tidak lupa juga kartun-kartun.

Televisyen juga banyak mengketengahkan kisah-kisah cinta yang sia-sia. Betapa nikmat bercinta itu dijelaskan dengan nyata hinggakan menjadi trend anak-anak muda kini.

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template