ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda

taklifan bukan kemuliaan

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”

bukhari dan Muslim

Berdasarkan dalil di atas, seharusnya kita jadikan hadis tersebut pengajaran besar dalam kehidupan memandangkan fenomena kini jawatan atau taklifan dilihat sebagai satu kepentingan dan kuasa perubah yang paling ampuh. Tidak hairanlah politikus -politikus masa kini khususnya lebih menumpukan soal peralihan kuasa dan yang paling malang lagi ada yang masih berharap dapat memegang pucuk pimpinan dengan lebih lama. Tidakkah mereka bimbang andai dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan? Apakah yang akan dijawab di hadapan Raja sekalian raja sekiranya amanah gagal dilaksanakan?

Melihat pada skop yang lebih kecil, gelombang pilihanraya kampus juga bakal bermula. Perubahan corak dan landskap permikiran mahasiswa juga berbaur politik luar. Kebajikan dan kepentingan untuk semua sebahagian besarnya menjadi omongan kosong apabila fasa kemenangan menghampiri, matlamat sebenar terhakis sedikit demi sedikit. Saat ini, palitan lumpur pada politik kampus atau politik negara seakan dipandang enteng sahaja. Kesucian politik anjuran Rasulullah dahulu tidak dijadikan renungan dan kini politik sendiri membawa maksud 'kotor'.

Sebagai seorang mahasiswa berdarah muda, keinginan untuk melihat perubahan sentiasa berkobar-kobar, lebih tinggi arasnya dari keinginan untuk mengubah diri sendiri. Maka, dengan merasakan kedudukan atau taklifan sebagai satu autoriti untuk membawa perubahan, kita sering tertipu dengan segala cara yang dihalalkan.

Memandang jawatan atau kuasa sebagai satu kemuliaan (tasyrif), kita sentiasa berasa megah dan tidak gusar dengan amanah yang dibebani. Jika kita menerima amanah itu sebagi taklifan atau tanggungjawab, insya'Allah segalanya akan dipermudahkan Allah.

Dialog di bawah ini tamsilan bagi penerima amanah yang tidak merasa bangga dengan jawatan.

secara sukacitanya kami maklumkan bahawa anda telah dilantik sekian sekian.."

"haaa?? kenapa tetiba je ni. saya lagi??"

"..ni bukan kami yang pilih..tapi orang atas.."

"hhmm..yelah..tapi..."

"dah takde org lain yang lebih sesuai...awak yang paling tepat"

"err..tapi.."

"takpe..jangan risau..awak mampu sebenarnya..."

" masalahnya...saya..."

"mereka lebih nampak potensi dan bakat awak..."

"err..saya..."

"jangan risau, kami semua akan backup awk dr belakang"

"saya tau..tapi sebenarnya saya..."

"cuba lah dulu..kalau awk tolak sekarang, dibuatnya amanah tu jatuh ke tangan org yang tak sepatutnya, kan boleh memudaratkan kemudian hari"

Apapun, ini sekadar contoh. Cara di atas bukanlah satu-satunya kesimpulan yang boleh difahami menerusi maksud taklifan itu sendiri. Perkara yang perlu kita fahami setelah menerima sesuatu sebagai taklifan, belajar untuk diterima dengan cara memahami bahasa dan waqi' setempat. Jangan letakkan perubahan drastik sebagai satu matlamat tetapi lakukan segalanya dengan berperingkat. Renungi hadis ini.


Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a.,
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan
budi pekerti yang baik.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.



0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template