ahlan wasahlan..wamarhaban bikum

wadah penjana minda




Usrah kek pisang. Bunyinya kedengaran aneh. Tetapi istilah inilah antara yang mampu menjadi daya tarikan ketika berusrah di Pusat asasi Universiti Islam antarabangsa PJ dahulu. Bahkan, jika dibangkitkan terminologi ini, pasti berderai tawa di antara kami sahabat sefiqrah. Menjadi naqib atau pengendali usrah bukanlah satu perkara mudah. Sebanyak mana pun program dan pengalaman yang ada, setiap usrah sangat berbeza rentak, dan jalan ceritanya. Lebih-lebih lagi apabila ahli usrah mempunyai latar belakang yang berbeza. Mengimbau kembali perkenalan ku dalam dunia usrah ini ketika berada di tingkatan dua. Di sebuah sekolah agama di Nilai, Negeri Sembilan.

Hanya memahami usrah adalah istilah dalam bahasa Arab yang bermaksud 'keluarga', perasaan dan keinginan untuk menghadiri usrah bukanlah perkara keutamaan tika itu. Namun berkat kesungguhan dan kesabaran naqib kami yang sanggup menungang motosikalnya meredah dinihari, ditambah pula perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Nilai negeri Sembilan mendidik kami agar cuba menghargai dan belajar menyesuaikan diri. Suasana di sebuah sekolah menengah rendah agama itu tidak pernah didedahkan dengan kegiatan usrah menjadikan jumlah ahli yang asalnya sepuluh orang menjadi empat orang sahaja.

Alhamdulillah, nasihat dan didikan Abang Samri Othman membuatkan aku lebih menghargai usrah yang aku kendalikan. Tidak sedikit yang mempertikaikan cara pengendalian usrah, namun kerana terkesan dengan pengalaman yang lalu, aku teruskan juga dengan caraku dan pada masa yang sama menyantuni keperluan ahli lain. Usrah bermula seawal selepas subuh benar-benar menuntun kesabaran dan pengorbanan. Jumlah ahli yang dua kali ganda berbanding sebelum ini, membuatkan pendekatan usrah kek pisang diambil. Syukur kepada Allah, dengan cara yang agak santai, pengisian dan penyampaian, kehadiran juga semakin baik dari hari ke hari.

Sehingga kini, saat terlihat sahaja kek pisang, pasti nostalgia ini terungkai kembali. Ahli usrah yang kini telah terpisah dek kerana cita-cita masih berhubung dengan tautan hati dan kasih sayang Allah. Semoga perjuangan kita sentiasa berterusan biar jenama apa sekalipun usrah itu.

0 comments:

Copyright © 2008 - wadah penjana minda - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template